Tips Fotografi : Kepentingan Shoot Format RAW (Untuk Recover Highlight)

Assalamualaikum semua, kali ini saya ingin berkongsi kepentingan shoot gambar dalam format RAW berbanding JPEG. Sememangnya gambar dalam format RAW lebih besar dari segi saiz MB tetapi data yang terkandung dalamnya jauh lebih banyak dari format JPEG. Cuba anda bayangkan RAW adalah sebagai ubi kentang (bahan mentah) dan JPEG adalah adalah sebagai kerepek kentang (hasil produk akhir). Jika anda mempunyai bahan mentah anda masih mampu mengolahnya menjadi pelbagai produk atau kerepek kentang yang berlainan perisa, namun jika anda hanya mempunyai kerepek kentang ternyata amat mustahil untuk mengolahnya ke dalam bentuk yang lain. Begitu juga dengan format RAW, jika terdapat masalah pada produk akhir anda masih boleh mengubahnya. Dalam tips kali ini saya membandingkan perbezaan RAW dan JPEG untuk recover bahagian lost highlight dalam gambar yang overexposed (gambar yang terlebih cerah dari sepatutnya).
Ini adalah gambar asal yang overexposed dalam format RAW dan JPEG. Perhatikan banyak bahagian daun di kawasan yang terlampau cerah kelihatan tidak jelas.

Ini adalah gambar yang telah direcover dari RAW menggunakan Adobe Camera RAW dengan adjustment -2.4EV pada Exposure dan -65 pada Highlight. Perhatikan banyak kawasan daun yang dapat direcover dengan warna asal.
Ini adalah gambar yang telah direcover dari JPEG proses dan nilai yang sama dengan gambar di atas. Malangnya data asal dalam JPEG tidak mencukupi untuk recover bahagian yang telah overexposed dan kesannya boleh dilihat pada warna daun dan kontras yang hilang.


Sebagai wedding photographer saya shoot menggunakan format RAW untuk memastikan tiada masalah yang timbul ketika proses editting. Kelebihan RAW bukan setakat highlight recovery sahaja namun pelbagai lagi kelebihan dapat digunakan dengan format RAW. Untuk itu saya akan terangkan pada tips - tips akan datang. Semoga bermanfaat.

Best Regards,
Alfa Foto

Comments