Bagaimana Untuk Mendapat Gambar Yang Sharp (Tajam)


Kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips mudah untuk mendapatkan gambar yang sharp dan kurang kesan blur.

  1. Pastikan lens bersih : Ini adalah faktor utama yang mempengaruhi ketajaman gambar yang diambil. Ramai yang memandang rendah berkenaan isu ini namun kesan minyak atau cap jari yang kecil pada bahagian lens akan membuatkan gambar hilang sharpness yang sepatutnya. Tak kira DSLR, kamera compact atau telefon anda seharusnya memastikan lens kamera betul - betul bersih untuk mengambil gambar.
  2. Posisi mengambil gambar yang kukuh : Seeloknya saya sarankan anda menggunakan tripod untuk mengelakkan dari sebarang pergerakan yang akan mengakibatkan blur namun dalam kebanyakan keadaan tripod tidak sesuai digunakan dan hanya dalam posisi berdiri dan duduk. Sila pastikan anda berdiri atau duduk pada kedudukan yang selesan dan pastikan pegangan kamera anda kemas. Bawa kamera rapat ke muka atau badan untuk mengelakkan kesan blur disebabkan pergerakan yang lebih ketara apabila menjauhi badan. Kawalan pernafasan juga penting untuk memastikan shutter ditekan tidak disertai dengan pergerakan badan disebabkan tarik tau hembusan nafas. Jika ada dinding berdekatan sila bersandar untuk mendapat kestabilan yang lebih baik. Anda juga boleh bertongkat siku pada kerusi atau apa saja yang kukuh dan tidak bergerak.
  3. Gunakan shutter speed yang lebih tinggi : penggunaan shutter speed yang lebih tinggi akan membuatkan sebarang pergerakan subjek atau jurugambar kelihatan terhenti dan kurang kesan blur. Namun penggunaan shutter speed yang tinggi akan mengakibatkan gambar menjadi lebih gelap dan memerlukan penggunaan aperture yang besar (nilai f yang lebih kecil) yang hanya relevan dengan lens yang lebih mahal dan penggunaan ISO tinggi yang akan membuatkan gambar banyak noise (kesan bintik - bintik). Jadi gunakan shutter speed yang bersesuaian dan mencukupi hanya untuk bekukan pergerakan. Kebanyakan adjustment ini tidak terdapat pada kebanyakan telefon atau kamera compact dan hanyak terdapat pada model telefon atau kamera yang mahal sahaja jadi saya cadangkan anda mengambil gambar di tempat yang cerah untuk memastikan telefon memilih shutter speed yang tinggi secara automatik.
  4. Gunakan aperture (f) pada nilai optimum : Kebanyakan lens pada DSLR atau kamera mirrorless mempunyai nilai aperture antara f/1.4 hingga f/22. Fungsi aperture adalah untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera dan mengawal Depth of Field iaitu julat kawasan yang sharp di sekitar objek yang difokus. Lebih besar nilai f lebih besar Depth of Field iaitu lebih besar kawasan yang kelihatan sharp selain dari objek yang difokus. Namun ianya berkenaan Kawasan Yang Kelihatan Sharp (In Focus) dan tidak berkaitan dengan sharpness sebenar lens. Kualiti gambar paling sharp pada sesebuah lens adalah antara f/2.0 ke f/8 sahaja. Jika kurang atau lebih dari itu gambar yang dihasilkan adalah kurang sharp dari sharpness maksimum lens tersebut disebabkan kesan Chromatic Abberation dan Diffraction.
  5. Gunakan flash jika sesuai : Perlu diingatkan sesetengah telefon menamakan lampu LED pada kameranya sebagai flash namun itu tidak dikira flash kerana tempoh flash menyala adalah sangat singkat (dalam lingkungan micro saat) dan terang berbanding lampu LED yang berkuasa rendah tempoh menyala ketika mengambil gambar adalah sangat lama (walaupun kelihatan berkelip dengan singkat namun ianya adalah sangat lama dan diukur dalam unit mili saat) dan tidak mampu untuk bekukan pergerakan objek.
  6. Pastikan fokus pada tempat yang betul : Pastikan titik fokus berada pada kawasan yang diinginkan. Contohnya jika ingin shoot portrat pastikan titik fokus berada pada kawasan mata dan bukannya pada hidung dan sebagainya disebabkan tempat pertama yang viewer akan lihat ketika melihat gambar muka adalah pada kawasan mata.
Banyak lagi cara lain untuk mendapatkan gambar yang sharp dan semuanya bergantung kepada kreativiti anda. Selamat mencuba!!!

Best Regards,
Alfa Foto

Comments