Cara Mudah Mengambil Gambar Menggunakan DSLR / Mirrorless / Advance Compact Camera Untuk Beginner

Assalamualaikum. Kali ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk mengambil gambar menggunakan kamera DSLR, Mirrorless atau Advance Compact untuk beginner atau kepada sesiapa yang tidak biasa menggunakan sistem ini. Kebanyakan dari kita terutama kaum wanita cukup takut apabila diminta untuk mengambil gambar menggunakan kamera - kamera ini disebabkan bentuk yang menggerunkan, butang yang banyak dan sistem menu yang tak pernah dijumpai dalam kamera telefon atau point n shoot.

Cara kamera beroperasi masih sama cuma kamera - kamera ini menyediakan pilihan untuk kawalan penuh untuk mendapatkan gambar yang diingini. Namun pada post kali ini saya akan berkongsi cara untuk shoot dalam mode auto sahaja.

Langkah demi langkah :
  1. Switch kamera on. Butang on biasanya ada pada bahagian atas kiri atau kanan kamera bergantung kepada jenama.
  2. Setkan kamera kepada mode Auto atau Auto+ atau mana - mana simbol yang menunjukkan gambar kamera berwarna hijau.
  3. Pegang kamera anda dengan kemas untuk mendapatkan kestabilan dan mengelakkan gambar yang terhasil kelihatan kabur disebabkan pergerakan anda ketika mengambil gambar. Tangan kiri pegang dari bahagian bawah kiri kamera dan lens manakala tangan kanan pegang bahagian grip kanan dengan jari telunjuk berada pada bahagian button shutter kamera. 
  4. Dekatkan viewfinder kamera ke mata anda dan tekan butang shutter kamera dengan lembut sehingga titik fokus keluar pada bahagian dalam viewfinder di atas subjek yang anda pilih. Setelah titik fokus kelihatan pada subjek anda teruskan menekan butang shutter sepenuhnya sehingga terdengar bunyi klik pada kamera anda menandakan bahawa gambar telah diambil. Sila pastikan anda tidak bergerak sepenuhnya ketika shutter ditekan dan tidak tergedik - gedik bagi mengelakkan gambar blur.
Dalam mode Auto anda tidak perlu bimbang mengenai setting lain, kamera telah melakukan pengiraan shutter speed, ISO, aperture dan nilai kekuatan flash secara automatik.

Perlu diingatkan juga bahawa untuk menghasilkan gambar subjek yang kemas faktor ketinggian kamera berbanding subjek juga perlu diambil kira iaitu :

  1. Untuk mengambil gambar portrait bahagian antara dada dan kepala subjek anda seeloknya memastikan kamera berada pada ketinggian mulut subjek untuk menghasilkan gambar yang kelihatan kemas dan simetri.
  2.  Untuk mengambil gambar portrait penuh dari kaki ke kepala subjek anda seeloknya memastikan kamera berada pada ketinggian leher atau dada subjek untuk menghasilkan gambar yang kelihatan kemas dan simetri.
Semoga berfaedah.

Best Regards,
Alfa Foto

Comments