Kesan Nilai ISO Terhadap Kualiti Gambar

Assalamualaikum, dalam post ini saya ingin berkongsi berkenaan kesan penggunaan nilai ISO terhadap kualiti gambar. Seperti yang diketahui semua ISO digunakan bersama 1 lagi perkara iaitu shutter speed dan aperture dan ketiga - tiganya adalah saling berkaitan. Lebih tinggi nilai ISO lebih terang gambar yang terhasil disebabkan sensor membesarkan isyarat yang diterima. Namun lebih banyak isyarat yang dibesarkan lebih banyak 'noise' akan terhasil iaitu kesan bintik - bintik yang akan mengganggu kualiti dan ketajaman gambar.  Jadi gunakanlah ISO tinggi sekadar apabila perlu sahaja. Tetapkan ahutter speed yang sesuai untuk gambar yang akan diambil, tetapkan aperture dan akhirnya barulah tetapkan ISO.

ISO100
ISO200
ISO400
ISO800
ISO1600
ISO3200
ISO6400
ISO12800
ISO25600

Gunakan ISO dengan cermat. Semoga berfaedah.

Best Regards,
Alfa Foto

Comments