Sesi Touch & Try Sony A7R Mark III

Assalamualaikum semua. Kali ini admin ingin berkongsi berkenaan sesi Touch & Try Sony A7R Mark III di Nexus Bangsar. Admin terpilih untuk menghadiri program ini setelah mendaftar awal melalui online di Sony Malaysia. Sesi bermula dengan perkongsian dari photographer professional yang juga merupakan duta Sony Alpha di Malaysia iaitu saudara Shaiful Baker dan Eddie Putera berkenaan kelebihan baru dan keupayaan di sebalik teknologi baru pada siri A7R terbaru ini.Setelah minum pagi sesi sebenar bermula iaitu test drive A7R Mark III menggunakan beberapa jenis lens yang telah dibekalkan. Model professional juga turut disediakan untuk sesi ini. Admin tidak sempat untuk mencuba sesi catwalk di laluan yang telah disediakan disebabkan tempat tersebut menjadi rebutan. Apapun secara peribadi admin sangat tertarik dengan siri terbaru tersebut atau dalam istilah fotografi Malaysia dipanggil 'racun' disebabkan beberapa faktor utama antaranya :

  • 42.4MP BSI Sensor : Sensor ni sama seperti A7RMII cuma telah ditambahbaik. Performance ISO tinggi pun memang superb. Detail dari 42.4MP ni memang sangat jelas. Tak semua DSLR atau Mirrorless yang mampu hasilkan gambar yang sharp seperti sensor medium format. A7RMIII ni memang boleh resolve detail kalau dipasangkan dengan lens - lens yang mempunyai nilai MTF terbaik contohnya dari siri GM, G, Zeiss. Buktinya anda dapat bezakan dengan jelas antara rambut dengan rambut yang jalur demi jalur.
  • Eye AF : Fungsi ni memang sangat - sangat berguna n praktikal untuk sesiapa sahaja. Paling penting untuk wedding photographer n photographer model. Button untuk fungsi ni boleh disetkan pada mana - mana button yang telah dipilih. Eye AF lebih laju dalam siri ni berbanding MII. Boleh detect mata walaupun pakai cermin mata atau apabila cuma sebelah mata sahaja kelihatan, semua ini ketika subjek sedang bergerak!!! Disebabkan focusing menggunakan image sensor jadi tiada istilah back atau front focus. Cuma recompose n tekan button Eye AF n shutter.
  • High ISO : Kalau diikutkan pixel density kamera ni memang tinggi tapi disebabkan teknologi BSI memang noise rendah. Admin adalah pengguna Nikon semasa namun terpaksa akur hanya D850 sahaja boleh bersaing dengan A7RMIII apabila diambilkira dari segi resolution n high ISO performance. D5 sememangnya lebih rendah noise tapi tak setarah dari segi resolution n detail.
  • Tonal Range n Color Sensitivity : Yang ni memang superb. Color memang boleh diedit kaw2 apabila diproses dalam format RAW. Warna akan nampak saturate (pekat) dengan kurang risiko clipping seperti kebanyakan DSLR dan Mirrorless lain. Memang sesuai model yang menggunakan mekap warna warni untuk test semua ni.
Pada masa yang sama Sony perkenalkan lens baru iaitu G lens FE 24-105mm f/4 OSS. Lens ni walaupun f/4 memang sangat - sangat sharp. All rounder yang superb.

- Sebenarnya banyak lagi kelebihan kamera ni tapi admin cuma senaraikan apa kelebihan yang utama bagi wedding photographer. Jom tengok gambar sampel yang sempat admin ambil :

 Gambar di atas adalah gambar saiz penuh setelah diproses RAW.
Gambar di atas adalah gambar setelah dibesarkan kira - kira 100% view dari gambar pertama.
 Gambar penuh.
Gambar view 100%


Gambar suasana ~~







 Di atas ni adalah video yang direkod melalui EVF untuk tunjukkan kelajuan Eye AF berfungsi.

With Regards,
Alfa Foto
Tel : 017-9586315

Comments