Mini Review - Sony Lens (1st Series)

Assalamualaikum semua. Kali ini saya ingin berkongsi gambar yang sempat diambil menggunakan 3 buah lens Sony iaitu Sony FE 70-200mm f/4 OSS, Sony FE 100mm f/2.8 STF GM OSS, Sony FE 85mm f/1.8. Semua ini adalah lens untuk kamera Full Frame jadi apabila digunakan di kamera saya iaitu Sony A6300 akan menjadikan focal length bertambah sebanyak 1.5 kali ganda. Contohnya 100mm akan menjadi seperti lens 150mm pada kamera full frame.

Gambar berikut adalah dari lens Sony FE 70-200mm f/4 OSS :





Pada keseluruhannya lens Sony 70-200mm f/4 OSS ini sangat mudah digunakan disebabkan beratnya yang kurang berbanding lens lain yang berat di bahagian hadapan. OSS (optical stabilizer) juga sangat membantu bila hand - hold lens ni. Fokus memang sangat cepat tetapi bergantung kepada mode yang digunakan pada kamera. Sharpness memang superb terutama untuk kategori zoom lens.

Gambar berikut adalah dari lens Sony FE 100mm f/2.8 STF GM OSS :











Lens Sony FE 100mm f/2.8 STF GM OSS ni berbeza sedikit dari lens lain, lens ni dioptimizedkan untuk "bokeh" yang sangat smooth dan memang sangat sesuai untuk shoot portrait atau sebarang objek dengan kesan background dan foreground blur yang sangat cantik. Aperture sebenar lens ni adalah f/5.6 atau lebih tepatnya dinamakan t/5.6 disebabkan cahaya yang sampai ke sensor bersamaan dengan lens f/5.6 disebabkan ianya direka untuk kesan "bokeh" pada f/2.8 namun sedikit cahaya hilang apabila cahaya melalui elemen special "bokeh" tersebut. Keseluruhannya lens ni memang sangat sharp dan OSS banyak membantu terutama apabila hand - hold untuk mengambil gambar portrait atau objek dekat. Saya cuba dan mendapat gambar yang sharp walaupun menggunakan shutter speed 1/8 saat.

Gambar berikut adalah dari lens Sony FE 85mm f/1.8:



 Gambar ini adalah gambar crop hampir 100% dari gambar keretapi di atas.



 Gambar ini adalah gambar crop hampir 100% dari gambar di atasnya.

Lens Sony FE 85mm f/1.8 ni memang antara lens paling sharp pernah Sony hasilkan. Lens ini simple dan tiada OSS tapi sangat mudah untuk mengambil gambar menggunakan lens ni walaupun hand hold disebabkan ianya balance dan ringan. Kelajuan fokus sederhana dan sesuai untuk Eye AF bila shoot portrait tapi kurang laju untuk shoot gambar kucing atau sebarang pergerakan yang terlampau lincah. Ni termasuk dalam salah satu dream lens saya. Bokeh pun cantik sesuai dengan harga.

Sekian untuk kali ini.

With Regards,
Alfa Foto
Tel : 014-5447096

Comments