Kelebihan Shoot Format RAW Pada Kamera (Exposure)

Assalamualaikum semua, kali ini saya akan kongsikan beberapa sampel gambar yang menunjukkan kelebihan utama apabila shoot dalam format RAW. Bila shoot RAW segala data yang diterima oleh sensor masih belum dibuang dan membolehkan kita cover semula kebanyakan setting yang mustahil boleh dilakukan apabila shoot format JPEG yang semestinya telah dicompress. Salah satu kelebihan utamanya adalah "room of error" yang lebih besar apabila kita tersalah exposure sama ada terlebih gelap (underexpose) atau terlebih cerah (overexpose). Sensor digital pada kamera lebih tolerate kepada underexpose berbanding overexpose iaitu sebaliknya dengan filem. Secara normal format RAW pada sensor digital dapat kembalikan sehingga 3EV untuk underexpose dan sekitar 1EV untuk overexpose. Untuk kamera yang mempunyai sensor dengan dynamic range yang tinggi lebih banyak dapat dicover sehingga 5EV underexpose dan 3EV overexpose tanpa kerosakan teruk pada kualiti gambar. Dalam sampel di bawah gambar diambil menggunakan Sony A6300.

Gambar atas : "Ter"overexpose 3EV lebih dari sepatutnya.

Gambar yang telah dicover (digelapkan balik) sebanyak 3EV dalam Adobe Camera RAW

Gambar "Ter"underexpose 4EV lebih dari sepatutnya.

Gambar yang telah dicover (dicerahkan balik) sebanyak 4EV dalam Adobe Camera RAW

So memang ketara kelebihan shoot RAW. Kadang - kadang kita tersalah expose gambar disebabkan kejar masa atau perubahan dari luar ke dalam bangunan n macam2 lagi. RAW dapat selamatkan keadaan. Semoga berfaedah!!

Best Regards,
Alfa Foto

Comments