Tips Fotografi : Close Up Lens Murah (Add On) - DIY

Assalamualaikum semua kali ini saya nak kongsikan tips2 untuk shoot gambar close up dengan kos yang rendah menggunakan kit lens atau mana - mana lens yang sedia ada.
Kit lens atau mana - mana lens biasanya mempunyai jarak fokus minimum yg tertentu dan biasanya jari itu tidak terlalu dekat so tidak boleh menghasilkan kadar magnification yang tinggi.
Jadi saya cadangkan beli kanta pembesar dengan diameter yang lebih sedikit dari diameter lens anda walaupun kadar pembesaran tidak terlalu tinggi tapi gambar close up yang terhasil lebih baik dari sebelum menggunakan tambahan kanta pembesar.
Seeloknya cari kanta pembesar dengan kaca yang berkualiti dan bukannya plastik untuk kualiti gambar yang baik.
Fungsi tambahan kanta pembesar diletakkan di hadapan lens kamera adalah untuk mengurangkan jarak fokus minimum kepada subjek so kamera akan lebih dekat kepada subjek dan menghasilkan kadar pembesaran yang lebih tinggi. Tp subjek yang berada pada jarak yang lebih 1 meter hingga infiniti tidak dapat difokus jika kanta pembesar diletakkan di hadapan lens.
Teknik ini bagus untuk shoot closeup detail2 seperti cincin, tekstur fabrik, mekap, serangga dan lain2.
Gambar2 di bawah adalah gambar sebelum dan selepas menggunakan DIY Close Up Lens. Gambar fabrik biru pertama adalah gambar penuh menggunakan DIY Close Up Lens tersembur dan gambar fabrik biru kedua adalah view pada 100% untuk tunjukkan detail n sharpness.





Semoga berfaedah. TQ

Alfa Foto
Tel : 014-5447096
Website : www.alfa-foto.com
E-mel : alfa_foto@yahoo.com
Facebook : www.facebook.com/afotografi
Instagram : alfafotografi

Comments