[Tips Fotografi] Karakteristik Lens - Vignette

Assalamualaikum semua, kali ini saya ingin berkongsikan berkenaan Vignette. Semua lens yang dijual mempunyai karakterisik masing - masing sama ada dari segi Chromatic Abberation (CA), light fall off (vignette), sharpness, diffraction limit n macam2 lagi yang mempengaruhi kualiti dan 'feel' pada gambar yang dihasilkan. Dan sebahagian besar dari karaterisik lens tersebut merupakan kelemahan / flaws dari segi kejuruteraan optikal. Dalam isu ini saya ingin ketengahkan berkenaan light fall off aka vignette. Ini merupakan satu kelemahan dari segi optikal iaitu kawasan gambar di sebelah tepi gambar mempunyai kecerahan (exposure) yang kurang berbanding kawasan tengah disebabkan design lens itu. Untuk hapuskan flaws ni pengeluar kamera menghasilkan fungsi lens correction pada kamera (untuk JPEG) dan disertakan sekali untuk RAW conversion so kecerahan gambar kelihatan sekata. Tapi bagi sesetengah photographer flaws ini la menjadikan lens tu unik. Dalam masa yang sama kawasan tepi yang lebih gelap secara tidak langsung akan menyebabkan mata akan fokus pada bahagian tengah gambar di mana kebiasaannya subjek berada. Bergantung kepada jenis lens saya personally sukakan kesan vignette ini untuk emnghasilkan gambar yang lebih 'feel'. Kebanyakan software juga menyediakan fungsi tambahan vignette dalam editting mereka. Saya sertakan 2 keping gambar di bawah. Gambar pertama adalah gambar straight dari kamera tanpa lens correction (dengan vignette) dan gambar kedua adalah gambar selepas dibetulkan. 

Nikon D3500 + Nikkor AF-P 18-55mm f/3.5 - 5.6G VR.




Semoga berfaedah!!!! 😁

Comments