Tips Fotografi : High Speed Action Menggunakan External Flash

Assalamualaikum semua kali ini saya ingin berkongsi tips mudah untuk mengambil gambar high speed action seperti bahan - bahan masakan kelihatan terbang dan terapung, belon pecah dan lain - lain.
Untuk high speed photography ini kita kena gunakan exposure kamera yang bersesuaian supaya block kebanyakan ambient light. Cahaya utama datang dari flash untuk pastikan sebarang pergerakan tidak kelihatan blur so setkan ISO serendah mungkin sekitar ISO100 ke ISO400, shutter speed disetkan sama dengan flash sync speed kamera untuk elakkan pembaziran power external flash. Untuk Sony flash sync speed adalah 1/160s, Nikon antara 1/200s ke 1/250s. Aperture set ke nilai antara f/2 ke f/4
Untuk setting external flash pula setkan ke Mode Manual, setkan power serendah mungkin sekitar 1/128 ke 1/32 dari full power untuk pastikan flash duration tu singkat sekitar 1/32000s ke 1/4000s untuk pastikan duit itu kelihatan freeze. Pastikan bounce flash betul - betul ke bahagian siling yang sepatutnya supaya cahaya smpai ke muka sahaja dan tidak terlebih ke belakang untuk elakkan background kelihatan crowded.
Fokus terlebih dulu guna AF-S kemudian setkan ke manual focus (MF), setkan shoot mood ke burst. Selepas shoot pilih gambar mana yang paling elok. 








Semoga berfaedah.
Alfa Foto

Comments