Tips Fotografi : Cara Hasilkan Gambar Dengan Background & Foreground Blur Menggunakan DSLR / Kamera Mirrorless

Assalamualaikum semua, kali ini saya ingin berkongsi tips atau teknik untuk menghasilkan gambar dengan kesan background / foreground blur maksimum. Cara mudah dipanggil bokeh walaupun perkataan tu lebih teknikal maksudnya.


  1. Setkan aperture (bukaan lens) kepada nilai 'f' paling kecik (bukaan paling besar). Contohnya kalau lens f/2.8 setkan ke f/2.8 jangan ngade2 nak setkan ke nilai f lebih besar.
  2. Jika anda gunakan zoom lens sila pastikan anda gunakan focal length paling tinggi (zoom maksimum). Contohnya kalau kit lens 18-55mm pastikan anda zoomkan ke 55mm.
  3. Pastikan lens dan subjek berada pada jarak paling minimum (sehampir mungkin).
  4. Pastikan subjek berada jauh dari background dan elemen foreground (bahagian hadapan subjek).
  5. Shoot dari angle (sudut) sejajar dengan subjek (bukan dari sudut senget dari atas tepi dsbnya) so hanya bahagian background yang paling jauh dengan subjek yg akan kelihatan dengan kesan blur maksimum.   

**Perkara paling penting sebelum shoot sila pastikan lens betul - betul bersih. Jangan sesekali ada kesan cap jari atau habuk yang akan mengganggu kualiti gambar yang dihasilkan.

Semoga berfaedah.

Youtube Channel : Alfa Foto

Comments