Tips Fotografi - Teknik Stop Down Lens Untuk Dapatkan Max Sharpness
Assalamualaikum semua. Kali ini saya kongsikan tips untuk dapatkan gambar paling sharp dari lens. Tips ini hanya untuk lens kategori murah n pertengahan ye bukan untuk lens legend2. Lens legend guna aperture maksimum pun dah bleh sampai maks sharpness dah. Untuk lens biasa seperti kit lens, 50mm f/1,4, 50mm f/1.8 n kebanyakan yang lain maksimum sharpness dapat dicapai apabila kita stopkan aperture lens tu sekitar 1 ke 2 stop dari aperture maksimum die. Contohnya lens f/2 bila kita shoot pada f/2 akan kelihatan sedikit soft walaupun nampak jelas disebabkan kesan background / foreground blur or kesan bokeh die tu. Tapi untuk dapatkan sharpness max kita bleh cuma step down apeture sekitar 1 ke 2 stop iaitu menjadi f/2.8 (1 stop dari f/2.0 selepas didarab dengan faktor 1.4 iaitu pengiraan stop lens) atau f/4. Jika stop melebihi tahap tersebut gambar akan mula kelihatan soft semula disebabkan faktor diffraction (pembiasan).
Comments
Post a Comment