Tips Fotografi : Kepentingan Lens Yang Bersih
Assalamualaikum semua, kali ini saya ingin berkongsi berkenaan kepentingan penjaga lens untuk memastikan lens sentiasa bersih. Banyak kelebihan yang kita dapat apabila lens bersih namun faktor utama adalah untuk memastikan imej yang dihasilkan pada sensor atau filem kamera adalah pada kualiti paling tinggi. Ketajaman dan kontras maksimum lens tersebut akan tercapai apabila kedua - dua permukaan lens pada bahagian hadapan dab belakang berada dalam keadaan bersih.
Biasanya lens cepat kotor disebabkan beberapa faktor antaranya habuk, sentuhan dengan benda - benda berminyak seperti cam jari, tangan yang tidak bersih selepas makan, kain yang digunakan untuk lap lens telah berminyak dan percikan air seperti air liur atau air hujan.
Salah satu perkara yang mudah dilihat apabila lens kotor adalah imej yang dihasilkan kelihatan kurang sharp, ada kesan silau, kurang warna, garisan - garisan yg terdapat dalam elemen gambar tidak jelas dan kesukaran untuk kamera fokus.
Cara membersihkan lens paling mudah adalah menggunakan kain fiber yang bersih atau menggunakan tisu bersih diikuti blower untuk meniup habuk yang terhasil dari tisu. Elakkan menggunakan jari atau baju disebabkan terdapat minyak - minyak atau kotoran yang kita tidak sedar.
Tips ini boleh diguna pakai untuk semua termasuk kamera telefon, webcam, dslr, compact, action cam, cctv.
Semoga berfaedah.
Lens yang bersih dengan permukaan yang tidak ada kesan cap jari atau minyak.
Lens yang kotor dengan permukaan yang dipenuhi cap jari dan minyak.
Best regards,
Alfa Foto.
Comments
Post a Comment