Tips Fotografi : Cara Maksimumkan Background Blur
Assalamualaikum semua, kali ini saya ingin berkongsi cara mudah untuk mendapatkan kesan background blur yang maksimum dari kamera dan telefon.
Kamera mirrorless / DSLR :
1) Gunakan aperture paling besar, nilai f paling kecil yang boleh disetkan.
2) Jauhkan subjek sejauh mungkin dari background.
3) Dekatkan kamera sehampir mungkin dengan subjek.
4) Gunakan focal length atau zoom maksimum.
Telefon :
1) Jika ada mode portrait sila gunakan mode ini dan jika ada nilai simulated aperture atau f tu sila setkan ke nombor paling kecil.
2) Jika tiada sila gunakan mode Pro dan setkan secara manual nilai f yang sekecil mungkin.
3) Jauhkan subjek sejauh mungkin dari background.
4) Dekatkan telefon sehampir mungkin dengan subjek.
5) Gunakan focal length atau zoom maksimum.
Semoga bermanfaat.
www.alfa-foto.com
Comments
Post a Comment